Mengikut tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 Tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa 1 daripada 7 orang dewasa rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. Namun begitu, masalah menjadi bertambah buruk apabila penyakit kencing manis yang dihidapi tidak disedari oleh separuh dari mereka.
Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan  masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.
Apakah dia Kencing Manis (Diabetes)?
Kencing manis atau diabetes adalah satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilannya keberkesanan hormone insulin.
Definisi Insulin: Insulin ialah sejenis hormone yang dikeluarkan oleh organ pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut manusia, makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa, kemudian diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh badan kita bagi mengeluarkan tenaga. Glukosa adalah sumber tenaga yang utama.
Bagi orang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan manusia dan menukarnya menjadi tenaga. Perhatikan gambarajah di bawah ini:

Faktor penyebab kencing manis – Insulin tidak berfungsi atau tidak berkesan
Faktor penyebab kencing manis adalah organ pankreas pesakit kencing manis tidak mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
Ini menyebabkan glukos tidak dapat masuk ke dalam sel badan yang sepatutnya bertukar kepada tenaga. Maka, ianya (glukos) terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukos menjadi tinggi sehingga melimpah ke air kencing.
Jenis-Jenis Diabetes
Apakah jenis diabetes? 3 jenis utama diabetes atau kencing manis adalah seperti berikut:
-    Kencing manis jenis 1:
Kencing manis yang bergantung kepada insulin. Biasanya ia terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja.. Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
-    Kencing manis jenis 2:
Diabetes yang tanpa bergantung kepad insulin. Ianya selalu berlaku di kalangan orang dewasa (35 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Kencing manis jenis 2 ini boleh dikawal dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubatan. Kebiasaanya, penghidap kencing manis ini mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Sebagai contoh, jika ibu, bapa, datuk atau nenek menghidapi penyakit kencing manis, kebarangkalian anak-anak dan cucu-cucu mereka juga akan menghidapi kencing manis adalah tinggi.
Diabetes jenis 1 dan 2 dapat dibezakan seperti berikut:

Diabetes Jenis 1
Diabetes Jenis 2
Jarang berlakuu tetapi jika berlaku, keadaanya adalah lebih teruk.Biasa berlaku.
Terjadi di kalangan mereka yang lebih muda, antara umur 10 – 16 tahunTejadi dikalangan mereka yang lebih dewasa, berumur sekita 35 tahun ke atas
Terjadi begitu cepat. Terjadi apabila insulin yang dikeluarkan dari pancreas dimusnahkanTerjadi secara perlahan-lahan. Insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi dan menyebabkan paras glukosa di dalam darah meningkat
Tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manisMempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis
Tidak dikaitkan dengan kegemukan atau obesityKejadian kegemukan sangat tinggi
Pesakit akan mengalami tanda-tanda awal kencing manis dari gejala amaran yang seriusMerupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi
Kebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan suntikan insulinKebiasaan Rawatan: Penjagaan pemakanan dan senaman (menurunkan berat badan) dan ubat dan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu)
-    Kencing manis sewaktu hamil:
Kencing manis ketika hamil adalah bersifat sementara. Kencing manis semasa hamil merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Ianya berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Risiko kencing manis semasa mengandung adalah 2-3% daripada semua kehamilan. Antara tanda-tanda kencing manis ketika mengandung adalah menghadapi masalah kelesuan, merasa teramat dahaga dan kerap buang air kecil.
Semasa wanita hamil, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.
Bagi kebanyakan wanita yang mengandung, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka kencing manis sewaktu hamil akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kencing manis kemudian nanti.
Tanda-tanda penyakit kencing manis
Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:
* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Gatal-gatal di tempat kemaluan
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis
Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis  yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. DEngan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.
Apakah risiko atau faktor kencing manis?
Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:
1.    Tidak aktif secara fizikal.
Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.
2.    Sejarah keluarga
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.
3.    Berat badan yang berlebihan.
Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.
4.    Faktor pemakanan
Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.
5.    Umur
Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.
6.    Sejarah kencing manis sewaktu hamil
Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.
Rawatan penyakit kencing manis
Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.  Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1.    Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.
Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:
-    Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
-    Mengawal paras gula dalam darah.
-    Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
-    Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:
-    Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
-    Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas, dan makanan yang perlu dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
-    Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.
Makanan Bebas
Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.
Makanan yang perlu dielakkan
Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:
-    Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
-    Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
-    Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
-    Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2.    Senaman secara sederhana setiap hari
Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3.    Ubatan dan Insulin
Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.
Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.
Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

Rawatan alternatif kencing manis: Air Minuman ECPI dan ECPI GTH
Apakah Air ECPI (Electro Clustered Pi Water)?
Setiap hari kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Soalnya, cukupkah jumlah air yang kita minum itu dan adakah ia menepati ciri air yang disarankan. Ini kerana kita bukan sekadar minum air masak, air mineral atau air yang dirawat sebaliknya meneguk air manis dan berkarbonat yang tidak masuk dalam senarai. Apabila minum air dalam botol seperti yang banyak dipasarkan sekarang, adakah anda melihat kepada jenis air berkenaan atau minum sekadar untuk membasahkan tekak.
Air gelombang atau ECPI (Electro Clustered Positive Ion Water) keluaran Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd (Gesundheit), bukan sekadar air minuman untuk menghilangkan dahaga, tetapi ianya juga terbukti sebagai rawatan alternative kencing manis. Air ECPI lahir daripada inovasi teknologi yang menggabungkan kebaikan sistem rawatan air dan teknologi ‘wave particle duality‘.
Gabungan teknologi ini menghasilkan air bersih dan mempunyai terapeutik yang memenuhi ciri air untuk kehidupan iaitu mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan.
Air minuman ECPI melalui proses rawatan air osmosis berbalik, ozon, alkali, oksigen, ioniz, ultraviolet, ‘electro clustered’ dan pengkodan elektronik.
Osmosis berbalik membersihkan air dengan mengeluarkan garam dan segala pencemaran bagi meningkatkan kualiti, warna, rasa dan kandungan yang terdapat di dalam air, manakala air alkali akan menyerap untuk melarut dan membuang toksin daripada tubuh badan.
Ia turut dibekalkan oksigen iaitu satu-satunya elemen yang mampu bergabung dengan elemen lain bagi membentuk komponen kehidupan asas seperti protein, karbohidrat dan air bagi menghasilkan tenaga, benteng daripada patogen serta memperbaiki tisu.
Sementara itu, proses ioniz bertindak menghapuskan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan serta mudah diserang penyakit.
Proses Ultraviolet (UV) membersihkan air daripada pencemaran mikrobiologi dengan membunuh bakteria, virus dan sisa seperti ‘cryptosporidium‘ dan ‘giardia‘ melalui pancaran UV. Ia juga cuba bertindak menghapuskan klorin dan kloramin tanpa menghasilkan kesan sampingan berbahaya.
Pengarah Urusan Gesundheit, Zahari Saad, berkata kebaikan ECPI ialah meransang kecergasan fizikal, atasi kelesuan, membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan melancarkan sistem perkumuhan.

Apakah Makanan Kesihatan ECPI GTH?
Perkembangan industri pemakanan kesihatan diseluruh dunia memperlihatkan pelbagai produk telah diperkenalkan dengan pendekatan serta kebaikannya yang tersendiri. Perkembangan ini memperlihatkan perubahan corak penggunaan mengikut “trend” atau revolusi yang diperkenalkan. Kini anda tidak perlu merasa keliru untuk mengenalpasti manakah yang terbaik kerana GTH telah berjaya menggabungkan keseluruhan kebaikan revolusi pemakanan yang telah diwujudkan di dalam SATU PRODUK SAHAJA.
ECPI GTH juga telah diperkayakan dengan ribuan tenaga yang diakui kebaikannya kepada kesihatan tubuh badan melalui penggunaan teknologi hf. Gabungan inovasi teknologi ini menjadikan GTH sebagai MAKANAN LENGKAP LAGI SEMPURNA bagi memenuhi keperluan tubuh badan secara HOLISTIK. Kajian saintifik berkaitan keberkesanannya telah dibentang di 45th World Congress for Alternative Medicine di Sri Lanka pada bulan November 2007.

Gabungan Revolusi Permakanan Terbaik Dunia :
Revolusi Vitamin
• Vitamin A hingga T
Revolusi Anti-Oksida
• 42 jenis anti oksida
Revolusi TransferFactor
• Imun transfer factor • Colostrum
Revolusi herba
• Bee Pollen • Royal Jelly • Avena Sativa • Alfalfa • Propolis • Ginseng • Gingko Biloba • Madu • Collegen • Lynze • Colloid
Revolusi hf
• 1732 electromagnetic wave
Kajian oleh pakar-pakar pemakanan diseluruh dunia membuktikan bahan yang digunakan mampu membantu mengatasi permasalahan kencing manis atau diabetes. Untuk kesan yang lebih baik produk ini perlu diambil bersama ECPI Water.

Aturan Rawatan Alternatif Kencing Manis Dengan Produk ECPI
Produk
Cara Pemakanan
Air ECPIMinum sekurang-kurangnya 2 -  liter sehari
ECPI GTH2.5 ml, 2 kali sehari
Antara testimoni pesakit kencing manis yang telah menunjukkan kesan yang positif setelah mengambil produk Air ECPI dan ECPI GTH.
1. Mohd Yusoff Abd. Kadir (460831-10-5389)
Kapar, Selangor
Masalah: Kencing manis kronik / Diabetes
Tindakan: Menggunakan Air ECPI dan ECPI GTH bagi merawat kencing manis beliau.
Sebelum Rawatan – 02.06.2008:
Menghidap kencing manis lebih daripada 15 tahun. Dinasihatkan oleh doktor supaya menjalani pembedahan untuk memotong bahagian lutut kaki kiri. Pihak HTAR Klang teah membuang sebahagian besar daging di tapak kaki kiri sebelum dibenarkan keluar hospital. Keadaan pesakit sangat tertekan dan mengalami sindrom tidak selera makan.
Selepas Rawatan 22.09.2008:
Bahagian kaki kiri telah menunjukkan pemulihan, sebahagian besar tisu dan daging telah tumbuh. Beliau semakin ceria kerana tiada komplikasi lain dan kakinya selamat tidak dipotong. Masih meneruskan rawatan untuk sembuh sepenuhnya. Mengamalkan produk Air ECPI dan makanan kesihatan ECPI GTH.

Ujian AIr ECPI Bagi Merawat Kencing Manis / Diabetes

Bagi membuktikan bahawa air minuman ECPI mampu menurunkan tahap gula di dalam darah pesakit diabetes, mari lakukan 3 langkah ujian mudah:
Langkah 1:
Ambil tahap sukatan gula didalam darah pesakit diabetes atau kencing manis
Langkah 2:
Goncangkannya botol air minuman ECPI. Berikan pesakit diabetes tersebut minum 3 hingga 4 gelas air minuman ECPI.
Langkah 3:
Selepas 1 jam, ambil sukatan gula dalam darah pesakit kencing manis tersebut. Anda pasti terkejut apabila mendapati tahap gul anda telah berkurangan!